Monday, July 20, 2015

Profil Kampung Temelong



Assalamualaikum....
Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya, blog ini dapat dihasilkan berkat tunjuk ajar dari staf Kolej Komuniti Gerik.

Sejarah Kampung Temelong

Kampung Temelong merupakan sebuah kampung yang sangat penting pada zaman dahulu, ianya merupakan sebuah pengkalan utama bagi pembesar–pembesar negeri untuk urusan rasmi antara Kuala Kangsar, Merah, Mukim Kenering dan juga ke Gerik melalui Sungai Perak, sehinggakan pihak Inggeris hendak menjadikan Kg.Temelong sebuah pekan dan juga mukim didalam Daerah Hulu Perak, tidak diketahui pula mengapa ditukarkan Ke Lenggong. Kalau kita lihat sekarang ini nama Temelong ada tiga tempat, iaitu Kampung Temelong, mukim Temelong dan Sungai Temelong kedudukannya berlainan tempat.  


Kampung Temelong terletak di mukim Lenggong dalam daerah Hulu Perak. Mengikut ceritanya, pada zaman dahulu ada seorang bernama Sekan atau lebih dikenali sebagai Tok Sekan, beliaulah yang bertanggungjawab membuka kampung ini, setiap pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan di dalam kampung ini saling tolong menolong atau bantu membantu antara satu sama lain, atas dasar tolong  menolong itulah Tok Sekan telah menamakan kampung ini dengan nama Kampung Temelong.

1 comment:

  1. Tahniah JKKK Kg Temelong kerana telah mempunyai blog sendiri. Jadikan blog ini sebagai satu sumber hebahan maklumat kepada anak anak Temelong di perantauan. Sila kemas kini selalu blog ini

    ReplyDelete