Bersyukur
kita ke hadrat allah subhanahuwatala, kerana dengan limpah izin kurniaNya, kita
dapat menambah satu lagi medium perhubungan maya diantara kita semua.
Selamat
datang kepada pengunjung laman web JKKK Kampung Temelong. Tahniah dan syabas
dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web JKKK Kampung Temelong
kerana dapat menghasilkan laman web rasmi ini. Adalah menjadi harapan kepada
semua agar laman ini dapat dijadikan sebagai rujukan
kepada penduduk kampung dan dapat di
layari semudah mungkin.
Dengan penghasilan
laman web yang menarik dan dikemaskinikan secara berterusan, saya yakin dan
berharap akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan , kebolehan dan kepercayaan
masyarakat kita terhadap ICT serta membolehkan kampung kita menjadi bertambah maju.
Adalah
menjadi harapan saya agar laman web JKKK Kampung Temelong yang
dibangunkan ini dikawalselia dan diselaraskan dengan baik supaya integriti dan
kecekapan dalam pengurusan tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran,
penindihan tugas dan kerja-kerja berulang ulang. Melalui laman web ini, JKKK
boleh memperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat diera teknologi maklumat
dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat melalui emel
elektronik atau pun mesej yang akan
disampaikan.
Saya
juga berharap penduduk-penduduk Kampung Temelong boleh membuat aduan terus
dilaman web ini. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak laman web ini
akan dikemaskinikan secara berterusan dan dapat berfungsi sebagai laman rujukan
untuk penduduk kampung .
Sekian.
Terima Kasih. Wassalam
Tahniah, Kg Temelong atas kejayaan ADS1M Peringkat Negeri Perak 2015
ReplyDeleteMantop
ReplyDelete