Assalamualaikum....
Alhamdulillah
dengan limpah dan kurniaNya, blog ini dapat dihasilkan berkat tunjuk ajar dari
staf Kolej Komuniti Gerik.
Sejarah Kampung Temelong
Kampung Temelong
merupakan sebuah kampung yang sangat penting pada zaman dahulu, ianya merupakan
sebuah pengkalan utama bagi pembesar–pembesar negeri untuk urusan rasmi antara
Kuala Kangsar, Merah, Mukim Kenering dan juga ke Gerik melalui Sungai Perak, sehinggakan pihak Inggeris hendak menjadikan Kg.Temelong sebuah
pekan dan juga mukim didalam Daerah Hulu Perak, tidak diketahui pula mengapa ditukarkan Ke Lenggong. Kalau kita lihat sekarang ini nama Temelong
ada tiga tempat, iaitu Kampung Temelong, mukim Temelong dan Sungai Temelong kedudukannya berlainan tempat.
Kampung Temelong terletak di mukim Lenggong dalam daerah Hulu Perak. Mengikut ceritanya, pada zaman dahulu ada seorang bernama Sekan atau lebih dikenali sebagai Tok Sekan, beliaulah yang bertanggungjawab membuka kampung ini, setiap pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan di dalam kampung ini saling tolong menolong atau bantu membantu antara satu sama lain, atas dasar tolong menolong itulah Tok Sekan telah menamakan kampung ini dengan nama Kampung Temelong.
Tahniah JKKK Kg Temelong kerana telah mempunyai blog sendiri. Jadikan blog ini sebagai satu sumber hebahan maklumat kepada anak anak Temelong di perantauan. Sila kemas kini selalu blog ini
ReplyDelete